Friday, July 31, 2009

Simpanla Emas...

Salam,

Apakah yang menyebabkan saya tertarik kpd emas? Sedangkan saya ni lelaki. Sepatutnya kaum2 wanitala yang tertarik dgn emas ni..Haa! ini yg saya nak ceritakan. Dah lama dah saya tertarik kpdnya. Ingin memilikinya, pikir balik Haram bg si lelaki memakainya. Jadi saya ingin memilikinya jgk. Apakah yg boleh dibuat jika dibeli, tp tak bleh dipakai? Nak bg isteri, dia kurang minat. Syukur saya:)..Klu tak, pening tu..

Ok, ini pengalaman saya. Saya suka tgk Buletin Utama part2 yg berita ekonomi tu. Mesti ada list harga emas semasa. Tak taula saya, mesti saya tunggu part tu la. Arini naik, esok turun begitulah seterusnya berlaku. Apakah yg menyebabkan harga ia naik&turun ni ha? saya pun terpikiaq. Tak taula saya. Rasanya klula saya ada emas, mesti ada untung disebabkan naik/turun ni. Itu hanyalah angan2 kosong dan anggapan saya pada masa tu. Tak study lebih2la plak.
Sampai satu ketika bila saya ingin kawin, nak p beli emas nak buat hantaran. Masa tu sekitar Dis 2006. Pi la cari kat kedai2 emas yg menawarkan harga terbaikkk punya. Akhirnya jumpa, kedai emas Wah Chan kat Carrefour Subang. Nak tau harga masa tu berapa, RM69/1gram bagi emas 916. Harga promosi. Kalau kat Habib@Poh Kong sekitar RM85/1gram. Nak save punya pasai, saya&istri pn belila cincin&gelang tangan. Beli simpan tu... Nak kawin Ogos 2007. Lambat lagi tu. Tak berkulat pun, malahan bersinar2 sampaila skang. Sebab tak pakai :). Istri saya bukannya suka emas pun. Nak tau tak berapa harga masa Ogos 2007? Sekitar RM105/1gram seingat sayala. Nasib baikla saya beli awal. Beza cuma 8 bulan, harga dah naik RM36/1gram. Waa untungla saya&istri beli awal. Klu tak, bertambah lg kos sampingan kawin saya.

Bermula dari situla, saya pikir2 emas ni kalau disimpan memberi keuntungan yg besar ni. Tertanya2 plak di hati saya, klu la emas mak saya tak dirompak di kedai pajak itu ari, mesti nilainya banyakkan?sedih22. Tak nak ingat lagi..Tapi bila dah kawin, saya mula lupakan emas ni. Maklumla seronok beralih dr kehidupan bujang ke beristri&sampaila saya mempunyai anak. Baru saya pikir balik pasai emas ni. Itupun setelah dibebani hutang kad kredit yg byk la jgk. Saya nk cari satu kaedah penyelesaian hutang kad kredit yg mana ia masih boleh menjadi hak kita balik apabila ia digunakan sementara waktu ketika kita memerlukannya. Saya rasa semua tak paham apa yg ingin saya jelaskan. Tapi saya paham..ha2. Apakah benda itu ya? Mestila "logamkaya". Mulai aritu saya kumpul skit2 duit, campur duit claim sna-sni, duit baki simpanan bank yg ciput&mengumpul maklumat dr bacaan blog2 otai emas kita, saya pun belila "maple leaf" dr UOB Bank. Bulan Feb 2009 tuu. Emas tengah mahal. Saya pakai beli ja. Lepas tu p gadai kt Ar-Rahnu B.Rakyat. Bayar hutang kad kredit. Sambil2 guna utk bayar hutang, amik skit dari hasil gadaian tu, p beli dinar kelantan plak. Kumpul duit lg, tebus balik. Dapat balik "maple leaf" tu. Ulang lg sampai baki kad kredit tinggal skit2. Memang saya nampak keuntungan menyimpan emas ni, harap2 anda sama berpendapat dgn saya. Ini kisah benar yg ingin saya kongsikan...Sekian, terima kasih.

Iklan skit; nak beli emas&dinar PGold, contactla saya..

2 comments:

  1. salam en pudin...cite en. pudin ni wat sy interested nk tau lbh lanjut pasal jual beli emas nie..klw da kelapangan hopely en pudin leh xplain ngn lebih lnjut lg kat sy.. ni email sy tuk xplain lbh lanjut pasal jual beli emas ni k...aisyahzura@yahoo.com... nway...keep in touch k...salam

    ReplyDelete
  2. saya pun berminat dengan citer di atas..ape2 hal bleh tak keep in touch saya di email ezza_rullez@yahoo.com / teknik_vokasional@yahoo.com

    ReplyDelete