Friday, July 17, 2009

Sesi soal jawab LoGaMkAyA

Salam,

Sekadar ingin berkongsi..

1) Apakah tujuan utama aku ceburi pelaburan berasaskan logamkaya ini?
Untuk mencari satu kaedah penyelesaian hutang2 aku. Terutama sekali kad kredit,tanpa
menjejaskan wang poket aku yang sangat terhad dengan menggunakan sumber yang sediada.

2) Bagaimanakah caranya itu?
Aku ada beli seekor kijang emas dengan harga RM3500 pada masa lalu. Lepas itu aku
gadaikannya di Ar-Rahn Bank Rakyat. Berat 1 kijang emas bersamaan 1oz iaitu=31.1gram.
Katakan pada hari itu, Ar-Rahn memberi gadaian dengan harga 1gram=RM125 bagi emas
24K (purity kijang emas) dan memberi pinjaman sebanyak 65% bagi nilai marhun kijang
emas tersebut. Jadi 31.1gram X RM125 X 65%=RM2526.88. Maka aku akan perolehi
RM2526.88 dengan 1 kijang emas.

3) Apakah yang aku buat dengan wang tersebut?
Katakan hutang kad kredit aku pada masa itu RM2500. Jadi, amik wang dari gadaian
tersebut dan terus p bank dan selesaikan bayaran kad kredit tersebut. Oppss,
terlupa plak, aku perlu bayar upah simpan kepada Ar-Rahn disebabkan memberi
pinjaman kepada aku dari gadaian tadi. Tapi berapa?

4) Berapakah nilai upah yang perlu dibayar kepada Ar-Rahn?
Ok, nilai marhun yang sebenarnya ialah=31.1gram X RM125=RM3887.50. Tengok tu, kat
sini pun aku dah untung dari kijang emas ini. Beli RM3500, tapi bila di Ar-Rahn
nilai marhun sebenarnya RM3887.50. Dah untung RM3887.50-RM3500=RM387.50
tu(dalam bentuk jumlah nilai yang boleh diberi hutang dari Ar-Rahn la). Tapi kalau jual
kat Maybank balik mungkin harganya kurang dari yang dibeli tadi. Ok, kita
teruskan lagi dgn kiraan upah tadi, iaitu jumlah nilai marhun=RM3887.50/100X
RM0.75=RM29.16 bagi sebulan upah. Kita diberi masa selama 6 bulan untuk
selesaikan pinjaman dan upah tersebut. Maka upah untuk 6 bulan=RM29.16X6=RM
174.96. Jadi jumlah pinjaman dan upah bagi 6 bulan=RM2526.88+RM174.96=RM2701.84.

5) Untungkah aku jika aku guna teknik ini?
Untung, sebab kadar faedah kad kredit=18% setahun. Tapi, kadar upah Ar-Rahn hanya
13.84% sahaja setahun. Apakah buktinya? Macam ni, kadar upah bagi 6
bulan=RM174.96/RM2526.88X100=6.92%. Jadi upah bagi setahun=6.92%X2=13.84%. Jika
dibandingkan dengan faedah kad kredit kita untungla 4.16%, dan tiada cas2 lain
yang terselindung compare dengan kad kredit.

6) Tapi bolehkah aku bayar balik kadar pinjaman&upah tadi?
Insyaallah boleh, aku displinkan diri aku dengan dengan hanya menyelesaikannya
dalam masa 5 bulan sahaja. Aku p bayar sikit2 kat Ar-Rahn sampai habis. Mereka
terima dan kadar upahnya pun kurang, cuma perlu bayar RM145.80 compare dgn kad
kredit, faedahnya=RM187.50. Itupun tak termasuk cas lewat bayar&cas yang kia tak
tau mai dari mana lagi. Ar-Rahn takda cas2 tu. Cara Islamik. Itu yang kita mau.
Bila kita selesaikan semuanya, kita akan dapat balik kijang emas tadi.
Alhamdulillah,selamat kijang tu. Mana tau masa tu,harga tengah naik, kita boleh
jual kat Maybank balik. Dah dua kali untung. Tapi ingat, harga emas naik turun
tak tentu,tapi setahu aku, jika kita simpan emas keuntungannya dijangka 20%-25%
setahun mengikut trend tahun2 lepas. Simpan saja, repeat balik jika hutang kad
kredit masih ada.

Ini hanya sekadar ingin berkongsi saja. Kalau anda semua ada teknik lain seperti menggunakan kaedah "Balance Transfer" pun boleh. Banyak bank dah offer nilai faedah "Balance Transfer" yang rendah contohnya Public Bank. Tapi ingat pembayaranya tetap, kalau lambat bayar kena cas macam tu jgk. Kalau guna kaedah gadaian ini, tidak menyusahkan kita. Ada duit lebih, bayar lebih. Ikut kemampuan. Kalau tak mampu juga, bila genap 6 bulan, p bayar upah saja&renew lagi 6 bulan supaya emas anda tidak dilelong. Kalau masa tu harga emas Ar-Rahn naik, anda akan dapat lagi lebihan wang dari harga semasa. Tapi saya percaya, ramai pengguna kad kredit hanya membayar cas minimum yang perlu dibayar bagi setiap bulan. Jangan!ini menyebabkan kita lagilah dicas dengan faedah yang tinggi. Ingat!!!jangan kita p gadai emas kita di Kedai Pajak Ah Kong plak, samaja. Malahan lagilah tinggi kadar faedahnya.

Sekian. TK.
Kalau nak beli emas PBGold&Dinar bleh hubungi saya.





2 comments:

  1. Salam bro...

    Bagus teknik ini untuk menyelesaikan hutang CC

    Kenaikan harga emas tahunan berdasarkan kepada statistic harga Kijang Emas dari BNM. Boleh rujuk sini: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141&lang=en&StartMth=7&StartYr=2001&EndMth=7&EndYr=2009

    ReplyDelete
  2. TK cdanhash..nanti mau kaji statistik BNM tgk..

    ReplyDelete