Thursday, July 2, 2009

Keuntungan Tambahan Dari Simpanan Emas

Salam,

Arini aku ingin berkongsi lagi satu cabang profit yang dapat kita perolehi dari "logamkaya" ini. Ia hasil dari apa yang dibuat oleh aku la, dari pengalaman dan teknik2 yang direka sendiri. Tahun lepas aku dihantar pergi kursus di luar negara bersama2 dengan bos kesayanganku yang amat baik & sporting gila :)"bukan bodek". Aku dibekalkan dengan sejumlah wang dalam RM. Aku & bos aku terpaksa menukar wang tersebut dalam matawang Euro, maklumla kursus aku ni di Berlin, German. Depa pakai Euro. Masa tu sekitar bulan Jun 2009, 1Euro=RM5.50. Aku dibekalkan lebih kurang 1000 Euro sorang untuk bekalan 2 minggu di sana. Aku dan bos pada mulanya merasakan ia tidak mencukupi kerana, maklumla kos kat sana tinggi, dijangkakan. Tapi sebaliknya tidak, siap ada lebihan aku bawa balik sekitar 600 Euro lagi. Mana taknya, kos bahan mentah sana dikirakan murah dengan matawangnya berbanding kita di sini. Contohnya harga pisang 1 ikat=1.50 Euro, pisang impot tu dari Venezuela, compare dengan harga di sini kena timbang kilo tu, 1kilo=RM2.50. Itu pun harga di pasar malam, kalau di pasaraya lagi mahal. Tapi di sana semuanya di "verkauf" iaitu "pasaraya". Banyakla barang murah di sana. Tapi, anda semua janganla convertkan harga pisang tersebut dalam nilai RM plak. Memangla mahal. Tapi cuba anda fikirkan, dengan matawang mereka tersangatla murah. Tapi satu ja mahal, iaitu cukai.

Ok, bila aku balik saja ke M'sia, aku pun pergi ke money changer untuk tukar 600 Euro tersebut ke nilai RM balik. Aku sangat terkejut, semasa aku tukar, nilai 1 Euro=RM5.75. Waa...itu baru 2 minggu aku kat sana. Kalau setahun, mungkin lebih. Walaupun perbezaanya sedikit, tapi aku dapat merasa aura lebihannya. Aku pun balik berfikir, patutla ramai yang join forex dapat mengaut keuntungan yang cepat. Mulai aritu aku sentiasa memantau harga matawang Euro, USD dan Pound. Ada lebihan duit gaji sedikit, aku beli matawang yang mana rendah dan aku jual bila naik. Kira aku simpan duit dalam matawang asingla. Walaupun sedikit gajiku. Aku lebih suka berurusan terus dengan money changer. Kalau nak tau update nilai tukaran matawang boleh layari di sini "www.wawasanmoneychanger.com". Jadi sekarang, bila aku dah terjebak dalam pelaburan "logamkaya" ini secara kecil-kecilan, hasil dari gadaiannya aku beli matawang wang yang aku jangkakan akan naik kelak. Bila cukup tempoh gadaian atau kadar matawang itu naik, aku tukarkan wang tersebut dan dapat keuntungan dari kenaikannya dan aku tebus gadaian aku. Di sini, aku dapat satu lagi keuntungan iaitu, sambil2 nak tunggu cukup tempoh gadaian, aku dapat hasil lagi dari kenaikan matawang tersebut.

k, sekadar ingin berkongsi.

No comments:

Post a Comment