Arini, saya ingin berkongsi bagaimana nak tahu berapakah harga emas harian Ar-Rahn Bank Rakyat tanpa memerlukan kita pi tengok dekat bank@call officer berkenaan. Mesti ramai yang dah mengetahuinya, tapi saya di sini hanya sekadar ingin berkongsi maklumat sahaja. Bagaimanakah caranya ya? Mudah saja, anda semua hanya klik link harga emas etika di laman blog saya @ layari www.etikaemas.com dan skrin tersebut akan terpapar:
Harga Semasa Etika Emas (1 gram)
Ketulenan | Tarikh | Jualan (Pertama Kali) | Jualan | Belian |
---|---|---|---|---|
999.9 | 20/07/2009 | RM 133.09 | RM 126.75 | RM 122.95 |
950 | 20/07/2009 | RM 126.43 | RM 120.41 | RM 116.80 |
916 | 20/07/2009 | RM 122.00 | RM 116.19 | RM 112.70 |
Kemaskini : 20/07/2009 09:16:03
Seterusnya, anda perlu lihat pada harga jualan yang saya "bold" dan highlight kuning. Ini menunjukkan harga belian Ar-Rahn pada hari tersebut. Harga ini sentiasa di update sekitar jam 10 pagi setiap hari, isnin hingga jumaat. Mudahkan? Jadi anda semua senangla nak merancang & mengira berapa jumlah wang yang akan anda perolehi sebelum berurusan dengan bank secara kasar dahulu. Dengan bantuan ini juga, memudahkan anda semua untuk renew kontrak gadaian anda jika harga naik dari nilai gadaian terdahulu. Contohnya, jika nilai gadaian terdahulu harga beliannya RM120 bagi 1 gram emas 999.9, jadi jika anda ingin renew tempoh gadaian dengan harga arini, maka anda semua sudah mendapat selisih keuntungan sebanyak RM6.75 (RM126.75-RM120) bagi setiap 1 gram. Dah dapat untungkan, lagi banyak gram, lagi banyak yang anda akan dapat. Surat gadaian baru akan diberi kepada anda dengan harga semasa dan ditolak jumlah upah bagi jumlah bulan @ hari bagi gadaian terdahulu. Lebihan tersebut akan diberi kepada anda. Senangkan? Tak payah tunggu 6 bulan untuk anda menebus emas anda & tak payah risau jika wang anda tidak mencukupi untuk menebusnya. Gunakan teknik renew ini sehingga anda mampu untuk menebus kesemuanya bila cukup wang kelak. Dengan ini, anda boleh memaksima keuntungan dari emas ini..
Sekadar ingin berkongsi..
Sekadar ingin berkongsi..
No comments:
Post a Comment