Salam,
Puas sudah aku fikirkan, bagaimana aku nak memantapkan lagi kepuasan dalam pelaburan "logamkaya" ini. Setelah difikirkan masak2, mengenai impak & hasil dari keputusan yang akan aku ambil ini samada boleh mengubah hidupku menjadi seorang yang lebih berjaya dari sebelumnya atau sebaliknya. Doa, sokongan dari isteri & kawan2 yang memahami amatlah dihargai. Aku pun dengan nekadnya, membuat keputusan untuk menjadi seorang agen secara kecil2an produk2 berdasarkan "logamkaya" ini. Sekarang aku sedang mengumpul sejumlah wang yang akan dijadikan modal bagiku untuk membolehkan aku menjadi agen tersebut. Aku akan menggunakan segala simpanan & produk2 "logamkaya" yang dimiliki olehku sebelum ini untuk dicairkan menjadi modal tersebut. Insyaallah, dengan izinNya akan tercapailah hasratku. Bila tiba masanya kelak, aku akan war2kan kepada semua yang aku sudah menjadi agen tersebut. Sokonglah sahabatmu ini, dan berurusanlah denganku sekiranya anda ingin memiliki produk "logamkaya" ini kelak.
Akan ku tungguuu, detik tiba saat itu....Tunggu pengumumanku kelak.
Sekian, "Merialisasikan Angan2 Mat Jenin" haha..
Thursday, July 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ingat emas ingat Pudin
ReplyDeleteTq Pokli
ReplyDelete