Aku mengenali emas ini sejak dari kecik lagi. Aku percaya hampir 90% kaum wanita memilikinya, lebih2 lagi makcik2 kat kampung aku dulu. Banyak tu di tangan & leher depa semua, termasukla mak aku yang tak seberapa banyak jika dibandingkan dengan kawan2nya. Mak aku hanya pakai jika pergi ke majlis kenduri kahwin & masa raya saja. Lain masa, barang kemas mak aku disimpan dalam "tupperware" kecik diletak dengan kapas. Seingat akula. Mak aku menceritakan kepada aku bagaimana caranya dia dapat memperolehi emas2 ini. Sedih aku dengar, bukannya apa, dulu keluarga mak aku susah, adik-beradik ramai. Bukan setakat nak sebentuk cincin, nak beli gula & kopi pun kena tok wan aku hutang dengan tauke kedai cina. Tapi mak aku rajin, dia ambil upah tanam padi, potong padi, guna keringat dia tau. Hasil dari upah itulah dia dapat beli sikit demi sedikit barang kemas yang dia nak. Respekla mak. Pudin syang kat mak. Mak aku cakap, dulu emas murah, tapi orang takda duit nak beli. Apabila dia kahwin dengan arwah ayah aku, dia tak dapat lagi kumpul emas. Ayah aku suruh dia duduk rumah. Jaga adik-beradik aku. Ayah aku sorang peneroka & penoreh. Walaupun susah, tapi ayah kuat kerja. Nak mencari "sekangkang kera" yang masih ada, kerana "sekangkang gajah" semuanya dah disapu orang yang lebih awal sampai dari ayahku. Alhamdulillah dapatla ayah aku memiliki sedikit tanah yang dijadikan sawah, kebun getah & dusun. Dengan hasil2 itulah ayah aku dapat membeli hadiah kat mak aku. Seutas rantai. Mak aku sayang rantai tu. Dia jarang pakai, simpan dalam "tupperware" tadi. Tapi, bila kami adik-beradik melangkah kaki ke sekolah, ayah & mak menggunakan hasil dari "tupperware" kecik itula untuk membayar yuran & beli baju sekolah kami. Serba sehelai sahaja. Aku ingat lagi kasut sekolah aku dulu capnya "Marco", warna hijau ditepinya. Mana ada "Bata" & "Pallas" ni. Bila hari hujan ayah & mak mesti rasa gelisah, bukannya apa, adik-beradik aku mudah demam dan ayah tidak dapat menoreh. Sekali lagi ayah menggunakan hasil dari "tupperware" itu untuk membawa kami ke klinik & membeli barang dapur. Seingat akula, ayah aku cuba sedaya upaya dia tidak memberikan kami makan nasi dengan tiada berlauk. Paling tidak pun "ikan tamban" kering. Aku sayang arwah ayahku. Ayah sumber ilhamku. Aku belajar bersungguh2. Tapi apakan daya, ajal ayahku dengan kami sekeluarga tak panjang. Dia pergi buat selama-lamanya meninggal kami pada usianya genap 57 tahun. Al-Fatihah. Dia tidak sempat menikmati hasil dari anak-anaknya. Aku belajar lagi sehingga ke menara gading. Sekali lagi, hasil dari "tupperware" kecik itula yang membantu aku. Mak aku daripada suri rumah sepenuhnya, sudah pandai menjadi seorang penoreh. Itu semua mak aku lakukan adalah untuk meneruskan amanah yang ditinggalkan oleh ayah aku.
Habis saja aku belajar, habislah juga hasil dari "tupperware" kecik itu. Aku berkata dalam hatiku, bila aku kerja nanti aku akan menebus balik hasil dari "tupperware" itu walaupun mak aku tidak sekali pun bersungut tentangnya. Tapi apakan daya, kedai pajak tempat mak aku gadai barang2 tadi dirompak. Ini kisah benar berlaku di Pokok Sena pada tahun 2005. Habis semua hasil dari "tupperware" kecik mak aku dan orang lain kena rompak. Mak aku sangat sedih, tapi sekali lagi dia tidak merungut.
Jadi misi aku sekarang adalah untuk mengembalikan balik hasil dari "tupperware" yang dirompak itu. Insyaallah..

No comments:
Post a Comment