Tuesday, December 22, 2009

Berita Terkini!!!!! Pajakan Bank Rakyat

Salam,

Mulai arini Bank Rakyat telah menerima pajakan bagi gold bar @ syiling emas keluaran:-
  1. Maybank- Kijang Emas
  2. UOB Bank Produk- Semua syiling @ gold bar yang dibeli dari UOB Bank
  3. Dinar Kelantan
  4. Poh Kong- Semua gold bar yang dibeli dari Poh Kong
  5. Tomei- Semua gold bar yang dibeli dari Tomei
Bagi produk syiling & gold bar dari keluaran lain, Bank Rakyat hold buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Maklumat ini saya perolehi dari rakan info dari Bank Rakyat sendiri. Untuk maklumat lanjut, anda semua bolehla menghubungi Bank Rakyat yang berdekatan tempat anda.

Sekian, sekadar ingin berkongsi kegembiraan. SYUKOOOOOORRR Alhamdulillah.



Friday, December 18, 2009

Emas Tinggi Darjatnya Oleh Allah SWT..Kenapa?

Salam..

Tahukah anda kenapa Allah SWT mengangkat darjat emas sehingga ia dan amat bernilai dan berharga dari kaca mata kita sehingga menjadi rebutan sekalian manusia? Kisahnya begini;
Allah SWT izinkan Nabi Adam dan Siti Hawa memakan apa jua buah2an yang ada di taman syurga kecuali buah Kuldi. Iblis yang memasuki syurga dengan bantuan Ular Yang menelannya dan kemudian memasuki syurga, burung merak mengawal memerhatikan para malaikat penjaga syurga pada bahagian dalam syurga semasa ular melepas iblis, manakala kuda membawa iblis ke tempat di mana Adam dan Hawa berada. Iblis bertanggungjawab membuat hati Hawa berdetik untuk merasa buah Kuldi seterusnya ia mempengaruhi nabi Adam sehingga berubah fikiran untuk mencubanya.

Diriwayatkan sebaik Nabi Adam makan buah Kuldi, ia tersekat di leher menjadi Halkum manakala bagi Siti Hawa ia tersekat di dada menjadi buah dada. Seterusnya mereka terus terasa ingin membuang air kecil dan besar. Berlari-lari mencari tempat untuk tujuan tersebut sedangkan di Syurga bersih dan suci
. Lalu Allah SWT mencampakkannya ke dunia bersama- sama haiwan yang membantu iblis memasuki syurga.
Apabila Nabi Adam dan Siti HAwa dikeluarkan dari syurga, semua malaikat dan makhluk2 di Syurga tidak puas hati dengan tindakan Allah SWT dan Allah SWT yang Maha Mengetahui hanya EMAS sahaja yang tidak tergolong dalam kumpulan ini, lalu Allah SWT bertanyakan kepada emas adakah tindakannya betul supaya didengar oleh yang lain2. "YANG BERSALAH TETAP BERSALAH, YANG BERSALAH MESTI DIHUKUM" kata emas. Dengan jawapandaripada emas tersebut, Allah SWT menaikkan darjat emas sehingga ia tidak boleh berkarat meskipun terbenam sekian lama di dalam tanah, digemari untuk dijadikan hiasan kaum wanita serta menjadi rebutan anak2 cucu Adam, termasuklah SAYA&Anda semua. Jadi tunggu apalagi, belilah emas skang. Harga tengah turun.

Sekian, sekadar berkongsi apa yang dijumpai...