Sekadar ingin berkongsi..
Ini hanyalah rumusan dari apa yang ku paham dan alami. Bagiku la, antara KE dengan MP terdapat perbezaan yang ketarala dari segi harga belian dan jualan balik. Contohnya bagi KE pada 26/6/09 harga jualan RM3515 dan belian RM3404 bagi 1oz, manakala bagi MP harga jualan RM3466 dan belian RM3381. Ini bermakna perbezaan harga belian/jualan bagi KE adalah RM111 dan MP sebanyak RM85. Analisis ini hanya difokuskan pada berat 1oz sahaja bagi kedua2 KE dan MP. Ini bermakna harga bagi 1gram KE = RM3515/31.1 = RM113.02, manakala bagi MP pula = RM3466/31.1 = RM111.45. (1oz=31.1g). Jadi, jika kita ingin gadai emas-emas tersebut di Bank Rakyat harganya tetap sama. Tiada pebezaan antara KE atau MP. Contohnya, pada 26/6/09 harga emas bagi Bank Rakyat adalah RM125 bagi 1gram, maka 31.1X125=RM3887.50, dan diberi pinjaman sebanyak 65% dari nilai marhun iaitu RM3887.50X65%=RM2526.87. Maka, jika kita menggadai KE atau MP pada hari tersebut, kita akan memperolehi jumlah yang sama iaitu RM2526.87, walaupun pada hakikatnya nilai jualan KE adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan nilai MP. Jadi untuk mendapat keuntungan yang maksimum, anda perlulah bijak memilih yang mana satu pilihan hati. Ini hanyalah sekadar ingin berkongsi. Tapi, bagiku, pudin tak kisah sebab tujuan kita adalah bukan untuk mengambil keuntungan dalam masa yang singkat. Ini adalah simpanan jangkamasa panjang kita. Lebih tinggi keuntungan dari simpanan dari bank2 lain. Percayalah...
Ooops..satu lagi info tambahan.. Stok MP bagi 1oz susah nak dapat berbanding dengan KE, bagikulah. Tak tau plak area2 hangpa plak. Ingat ini hanyalah ingin berkongsi, bukan mendapat sebarang komisen sebagai agen mana2 pihak. Renung2 kanlah....
Sekian..
Sunday, June 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih kongsi.. pilihan en. pudin yang mane?
ReplyDeletesaya cadang nak beli tapi rasenye Dinar PG. Apa pandangan en Pudin?