Tuesday, June 23, 2009

Explorasiku Bermula dengan "Maple Leaf"

Salam;

Setelah lama diriku menimba ilmu dari penulis2 blog otai mengenai pelaburan yang berkaitan "logamkaya" ini, diriku mula teruja dan telah mengambil langkah serius mengenainya. Permulaan bagiku adalah membeli sekeping syiling "maple leaf" UOB 1oz pada tanggal 24/02/2009 yang mana pada masa tersebut harga logam ini sedang mencanak tinggi iaitu RM3752. Aku tidak sedikit pun menyesal, kerana tujuan pembelianku bukanlah untuk dijual balik syiling tersebut, malahan ia merupakan titik mula bagiku untuk memperolehi lebih oz daripadanya. Alhamdulillah, apa yang aku sasarkan telah berjaya. Aku dapat membeli kijang emas daripadanya dan explorasiku berkembang lagi hingga aku berjinak-jinak dengan menjadi petender emas lelong. Apa yang aku perolehi tersebut semuanya hanya dengan sekeping "maple leaf" 1oz. Sekarang aku teruskan usahaku ingin menjadi agen produk "logamkaya" ini dengan berbekalkan hasil yang ku perolehi daripadaya. Terima kasih bagi penulis blog "jutawanemas" kerana telah memberi peluang bagiku untuk mengenal apakah yang dimaksudkan dengan "logamkaya" ini.

No comments:

Post a Comment