Friday, June 26, 2009

Dinar Kelantan

Suatu hari aku terbaca sedikit maklumat mengenai "dinar kelantan" dari sebuah blog. Aku tertarik dan ingin memilikinya. Tapi dimana tempatnya? aku tidak tahu. Adakah hanya boleh dibeli di Kelantan saja @ di kedai-kedai emas tertentu yang berkaitan. Aku tertanya2. Tapi skang tidak lagi, semuanya aku boleh perolehi di www.dinarkel.com. Di sini semua maklumat mengenainya dapat diperolehi. Dari harga hinggalah tempat atau cawangan yang menjualnya. Boleh dikatakan banyak juga cawangan dinarkelantan ini didapati di area semenanjung. Tak payah kawe g kelate nak dapatkannya. Setelah aku mendapat semua maklumat mengenainya, aku mulakan langkah seterusnya dengan membeli 5 keping 1 dinar dengan harga pada masa itu RM491 sekeping di cawangan Jalan Raja Laut, KL. Pada masa itu harga emas tengah naik iaitu sekitar bulan Feb 2009. Aku mana tahu, maklumka terlampau excited dengan "logamkaya" ini dan ilmu pun ciput lagi. Aku tidak menyesal sebagaimana kes pembelian "maple leaf" dahulu. Aku membiakkan 5 dinar aku tadi menjadi berdinar2. Alhamdulillah, menjadila juga.

Sedikit info dinarkelantan:
- 1 dinar = 4.25g
- purity = 91.7%, 22K
- spread harga beli n jual RM20 (sekitar sebelum pertengahan Mei)
- spread selepas pertengahan Mei berubah lebih tinggi sedikit
- susah untuk dapat stok 2 dinar, mungkin harganya murah sedikit, dapat sambutan
- boleh digadai di Bank Rakyat n Ar-Rahn dinarkelantan sendiri

Ok..itu sajala yang dapat dikongsikan.

No comments:

Post a Comment