Thursday, October 1, 2009

Spread Kijang Emas Naik!!

Salam Aidilfitri...

Mood raya masih terasa, apa salahya jika saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Aidilfitri" kepada pelanggan saya & pengunjung blog ini..

Dalam keriangan kita menyambut Aidilfitri baru2 ni, saya terkejut melihat apa yang telah terjadi kepada spread harga Kijang Emas. Naik mendadak. Kenaikan ini bermula pada tarikh 17/09/09 baru ni. Spread terbaru bagi harga Kijang Emas untuk 1oz adalah ~5.9%. Spread sebelum ini adalah sekitar ~3.1%. Kadar kenaikan yang menghampiri separuh jugala dari dulu. Rasanya faktor ramai pembeli menjual Kijang Emas untuk dibuat belanja menyambut Aidilfitri baru2 ni menyebabkan spreadnya naik 2 kali ganda. Baru saja saya nak jual tapi tersekat buat sementara waktu. Tunggula dulu.. Mintak2 kenaikan spread ini tidak berterusan. Bagi pembeli yang ingin membuat keuntungan secara jangka pendek, terpaksalah menangguhkan hasrat mereka walaupun saya percaya emas ini merupakan pelaburan jangka panjang tapi tidak semua pembeli sebegitu. Bagi pelabur yang ingin menyimpannya sebagai aset jangka panjang, ia tidak menjadi masalah.Tangkapla seberapa ekor Kijang Emas yang anda mahu.

Sekian, jumpa lagi..

3 comments:

  1. sama mcm beli public gold & public dinar
    baik beli PG & PD...ada komisen...kekekeke...saya mesti piley

    ReplyDelete
  2. Betol tu pokli...pilihan d tangan anda..sapa yg bijak, mesti pilih barang baik punyaa..

    ReplyDelete
  3. slm..kalo bro pudin nak jual kijang emas dgn harga kurang sikit dr harga jual maybank, cakap le...saya mmg berminat nk beli kijang emas ni

    ReplyDelete