Friday, October 9, 2009

Pinjaman Ar-Rahn Bank Rakyat Sehingga 70%

Salam,

Bank Rakyat telah menaikkan kadar pinjaman Ar-Rahn dari 65% ke kadar baru iaitu 70% bagi setiap nilai marhun kepada para peminjam yang ingin membuat overlap pajakan mereka. Jika peminjam mempunyai rekod pajakan bersih sebelum ini dan menjadi pelanggan tetap bank juga diberi pilihan samada untuk mendapatkan kadar pinjaman baru ini. Jadi pilihan terletak ditangan anda samada ingin membuat overlap atau tidak. Teknik overlap ini boleh dipraktikkan jika peminjam ingin mendapatkan hasil sisihan di atas kenaikan nilai marhun disamping meringankan bebanan untuk membayar upah bulanan akibat dari kenaikan harga emas semasa jika dibandingkan dengan harga emas di waktu pajakan sebelum ini. Bagi peminjam yang tidak mampu untuk menjelaskan kadar upah bulanan, teknik overlap ini dapat membantu menyelesaikan upah tersebut disebabkan kadar pinjaman yang telah dinaikkan sehingga 70% ini. Bagi peminjam yang ingin memaksimumkan keuntungan bagi pelaburan emas ini dengan menggunakan teknik pajakan ini, boleh juga disarankan menggunakan kaedah ini. Kelemahan jika kita mendapat pinjaman lebih adalah semasa ingin menebus semula barang emas pajakan kita kelak. Ini adalah kerana kita terpaksa membayar upah yang lebih disamping jumlah pinjaman yang diberi. Bagi yang pandai menggunakan kelebihan ini, percayalah ia dapat membantu anda dalam menggandakan lagi hasil simpanan emas anda.

Sekadar berkongsi...
Sekian, tk.

No comments:

Post a Comment