Friday, September 11, 2009

Kelebihan Dinar.

Salam,

Arini saya ingin berkongsi mengenai kelebihan yang terdapat jika anda memiliki dinar. Seperti anda semua sedia maklum, 1 dinar beratnya bersamaan dengan 4.25g emas yang mana ketulinan kandungan emasnya adalah 22k atau lebih dikenali emas 916. Apakah kelebihan jika anda memiliki dinar ini? Banyak. Tapi di sini saya ingin senaraikan beberapa saja yang dilihat oleh saya, iaitu:
  1. Dinar mampu dimiliki oleh semua golongan kerana harganya yang rendah iaitu sekitar RM495 bagi setiap 1 dinar yang dibeli. Jadi, bagi pelabur2 baru yang ingin berjinak2 dalam pelaburan emas ini amatlah sesuai sekali membeli i dinar ini sebagai permulaan.
  2. Harganya yang tidak naik @ turun secara mendadak dalam tempoh sehari walaupun harga emas dunia naik melambung. Ada sesetengah berpendapat ini akan melambatkan proses mengaut keuntungan hasil dari kenaikan harga beli & jual kelak. Tapi sebenarnya saya beranggapan ia adalah penyelamat bagi kita kerana kadar penurunan harga yang mendadak atau terlampau rendah tidak akan berlaku bagi tempoh sehari. Ini akan membantu kita mengurangkan kadar kerugian dalam tempoh hari tersebut dan membantu juga pembeli membuat belian dengan kadar yang berpatutan disebabkan perubahan harga yang tidak mendadak. Contohnya, pada arini harga bagi 1 dinar Public Dinar di waktu pagi sekitar RM496 dan harganya pada waktu malam pula RM498. Tidak banyak perbezaan kenaikan yang berlaku. Selamatkan dinar?
  3. Spread bagi dinar adalah rendah iaitu sekitar 6% bagi setiap 1 dinar Public Dinar. Jadi margin kerugian jika anda ingin menjualnya balik tidak begitu tinggi. Nasihat saya anda tidak perlu menjualnya kerana apa yang telah berlaku kepada saya, harga belian bagi 1 dinar pada 6 bulan lepas adalah sekitar RM450, tapi sekarang harganya naik kepada RM498 . Tengok kadar kenaikan sebanyak 10.67% bagi 6 bulan sahaja. Tapi saya telah menjualnya pada masa yang tidak begitu sesuai. Anda pasti menyesal kerana anda tidak akan dapat membelinya kembali dengan harga RM450.
  4. Boleh digunakan diwaktu kecemasan tanpa anda menjualnya. Cuma anda perlu bawa dinar tersebut ke Ar-Rahnu yang berdekatan dan gadaikannya. Contohnya anda membeli 1 dinar arini dengan harga RM498. Minggu depan anda nak pakai duit nak belanja balik beraya di kampung. Jika anda menjualnya balik anda akan rugi. Jadi anda pergi gadaikannya di Ar-Rahnu Bank Rakyat contohnya. Dijangkakan pada minggu depan harga bagi 1g emas 916 di kaunter Bank Rakyat adalah RM121, jadi anda akan dapat membuat pinjaman sebanyak 65% dari nilai marhunnya iaitu=4.25gXRM121X65%=RM334.26. Upahnya pula sebanyak RM3.34 untuk sebulan. Lepas raya, anda pergila tebus balik apabila semua perbelanjaan kembali ok.
  5. Dinar boleh digunakan sebagai mas kahwin anda bagi yang masih bujang lagi. Katakan anda ingin berkawin dalam tempoh setahun lagi, anda bolehla mula membeli 1 dinar setiap bulan mulai sekarang. Macamni, jika anda sudah pasang niat ingin berkahwin semestinya anda mengumpul sejumlah wang tertentu setiap bulan. Apakata sanda bahagikan separuh dari wang simpanan tersebut dengan membeli dinar dan separuh lagi anda simpan dalam bentuk cash. Cukup genap setahun anda sudah mempunyai 12 dinar yang mana anda sedia maklum kadar kenaikan emas adalah 20-25% setahun. Katakan jumlah modal anda membeli 12 dinar tersebut RM6000, kini bila ia genap setahun nilai dinar tersebut akan menjadi RM7200-RM7500. Sapa nak bagi untung sebanyak RM1200-RM1500 setahun. Anda cairkan 2 dinar ambil keuntungannya sahaja untuk digunakan bagi menampung perbelanjaan di hari perkahwinan anda kelak atau 2 dinar tersebut anda bagi sebagai mas kahwinnya. KEJAM la pulak anda. Selebihnya boleh digunakan untuk hari2 yang mendatang kelak.
Sekadar ingin berkongsi, sebarang penambahan bolehla anda pikirkan bersama. Bagi yang bujang2 tu yang rasa ingin mengumpul dinar sebagai mas kahwin kelak @ sapa2 yang ingin mendapatkan dinar bolehla contact saya..Insyaallah akan saya usahakan.

No comments:

Post a Comment