Sunday, August 30, 2009

Masa Itu Emas..

Salam ramadhan,

Arini ingin saya ingin kongsikan mengenai tajuk "Masa itu Emas". Rasanya semua orang cukup faham mengenai pepatah tersebut. Di sini, apa yang ingin saya ketengahkan adalah mengenai perkataan "EMAS" itu sendiri. Mengapakah pepatah tersebut mengaitkan masa dengan "EMAS"? agaknya mengapa ya..? Bagi saya, masa adalah suatu tempoh waktu tertentu yang mana ia tidak akan kembali berulang jika sesuatu perkara yang penting berlaku dan jika ianya berulang pun, ia tidak akan sama dengan apa yang berlaku buat pertama kalinya. "EMAS" pula suatu logam yang bernilai yang mana semua manusia di dunia ini berebut2 untuk memilikinya. Samada berebut untuk memilikinya sebagai aset(bagi yang sedar akan keajaiban logam ini) ataupun sebagai alat perhiasan bagi kebanggaan diri sendiri. Apabila kedua2nya dikaitkan, ia akan menjadi suatu pepatah yang hebat dan kekal hinggalah sekarang. Jadi, kita perlulah merebut peluang yang ada sekarang bagi mengumpul seberapa banyak atau boleh "EMAS" ini kerana sekarang adalah masa yang paling sesuai kerana harganya tengah stabil dan tidak begitu tinggi. Percayalah "EMAS" walaupun anda beli sedikit pun (1 dinar contohnya) pada harga yang tinggi, ia akan memberi pulangan di luar jangkaan anda bila tiba masanya kelak. Bagi anda yang rasa ingin membelinya pada masa harganya tengah tinggi, teruskan niat tersebut. Jangan anda akan rasakan harga tersebut akan turun mendadak baru anda membelinya kerana sifat "EMAS" adalah tidak seperti komoditi yang lain. Permintaannya sentiasa tinggi di seluruh dunia walaupun harganya tinggi. Rekod telah menunjukkan kadar kenaikan tahunan harganya adalah 20-25% setahun. Jadi apa yang anda tunggu lagi, jika niat di hati ingin membelinya, katakan " YA" jika anda berkemampuan. Jangan menyesal bila harganya naik 1oz=USD1500(ramalan penghujung tahun ini) kelak, barulah anda menabik dada menyalahkan diri sendiri. Walaupun harga tersebut adalah ramalan, tapi ia dibuktikan dengan bukti2 yang kuat. Mulakan tindakan anda sekarang, kerana "Masa Itu Emas".




No comments:

Post a Comment