Friday, August 21, 2009

Bulan pelaburan akhirat...

Salam,

Setelah 11 bulan kita semua mengejar pelaburan duniawi, tibalah masanya kita mengalih perhatian kita untuk menambah kolum aset bagi pelaburan akhirat. Di sini, bukan maknanya kita semua tidak melakukan amalan akhirat sepanjang 11 bulan tersebut. Cuma di sini, penambahan amalan tersebut dilipat gandakan, yang mana sebelum ini kita jarang2 mengunjungi rumah Allah, kita kerap2kan. Insyaallah setiap malam hendaknya. Yang mana sebelum ini kita hanya berbelanja hasil pendapatan kita cuma untuk diri sendiri & keluarga, kita belanjakan bagi semua orang dapat merasakannya. Yang mana sebelum ini kita tidak mengenali langsung jiran selorong rumah kita, Insyaallah kita akan mengenalinya malahan akrab dengannya. Yang mana sebelum ini kedai mamakla menjadi tempat lepak2 kita, kini bertukar menjadi tempat lepak bagi pekerjanya (tapi ada juga yang pergi, tapi di belakang kedai) & banyak lagi manfaat yang dapat diperolehi dari bulan ini. Inilah peluang kita semua untuk merebutnya. Tidak perlu modal yang besar, tidak perlu menunggu bila harga rendah baru "lock price", tidak perlu menjadi agen ;) dan tidak perlu untuk mendapat jualan yang tinggi bagi mendapat komisyen yang banyak.. Setiap gerak geri yang bertujuan ke arah kebaikan dan beriman kepadaNya akan mendapat komisyen yang berlipat ganda..Insyaallah. Itulah kelebihan yang akan diperolehi di bulan pelaburan akhirat ini, "RAMADAN al-Mubarak"..

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua..


1 comment: