Salam,
Arini saya ingin berkongsi sedikit perbezaan antara seorang yang memiliki emas yg banyak vs seorang yg mempunyai duit yg banyak. Ok, tidak dapat dinafikan pd masa skang jika kita ingin memiliki emas, kita perlukan duit. Emas dan duit ini mempunyai ikatan yg kuat, iaitu ia saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi apakah bezanya antara emas dan duit ya? Ini adalah apa yg saya dapat simpulkan dari pengalaman yg telah dilalui dari kes2 di bawah, pendapat anda mungkin berbeza.
Nak order, contact la saya..:-)
Arini saya ingin berkongsi sedikit perbezaan antara seorang yang memiliki emas yg banyak vs seorang yg mempunyai duit yg banyak. Ok, tidak dapat dinafikan pd masa skang jika kita ingin memiliki emas, kita perlukan duit. Emas dan duit ini mempunyai ikatan yg kuat, iaitu ia saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi apakah bezanya antara emas dan duit ya? Ini adalah apa yg saya dapat simpulkan dari pengalaman yg telah dilalui dari kes2 di bawah, pendapat anda mungkin berbeza.
- Emas jika disimpan walaupun tidak cukup setahun usianya, insyaallah akan memberikan pulangan yg lumayan (dianggarkan 20-25% mengikut analisa bagi tahun2 yg lepas). Contohnya jika anda membeli kijang emas pada 7/4/2009, harga jualannya ialah RM3306, anda simpan. Pada 3/6/2009 anda ingin menjualnya kerana memerlukan duit. Harga beliannya pada masa tersebut ialah RM3499. Jadi anda dah dapat untung. Berapakah untung tersebut, RM3499-RM3306/RM3306X100=5.84% bersamaan dengan RM193. Tengok dalam masa tak sampai 2 bulan pun anda dah dapat untung 5.84%. Banyak tu sapa nak bagikan. Kalau setahun? Kita sama2 kira ya..
- Duit jika disimpan dalam ASB pada nilai yg sama seperti di atas, dianggarkan akan mendapat pulangan sebanyak ~8% setahun. Betul tu.. TAPI jika anda simpan hanya 2 bulan sahaja tak kan nak dapat ~8% juga. Kiraannya, RM3306X2/12X8%=RM44.08 iaitu bersamaan dgn 1.33% SAHAJA. Sikitkan..Nasib dapat jgk, kalau tiap2 bulan asyik pi korek saja mungkin akan kurang lagi peratus keuntungannya.
- Emas kalau disimpan, tiba2 anda kesempitan duit, tapi bila nak jual harganya pulak jatuh. Apa nak dibuat ya..Anda mesti taknak rugikan? Jangan risau, anda pergila dekat Ar-Rahnu mana2 yg berdekatan. Gadaikan dan dapatlah 65% @ 70% dari nilai marhun semasa emas tersebut. Dapatla melegakan kesempitan tersebut buat sementara waktu. Bila dah stabil kelak, pergila tebus balik. Cuma jelaskan kadar upah dan jumlah pijaman yg diberi sahaja mengikut bilangan bulan ia digadaikan. Emas menjadi milik anda kembali..SELAMAT!. Kalau emas anda dilelong pun, anda akan dapat duit baki selepas ditolak kadar upah dan pinjaman anda.
- Duit kalau disimpan, bila sesak saja, pi keluarkan. Dah keluarkan, tak pi tambah balik.. Jarangla orang pi tambah balik. Sebab nak tambah mcm mana, asyik sesak ja. Megasale, warehousesale bertambah2. Tambahan pulak dekat2 nak raya macam skang.Tiap2 bulan ulang langkah tersebut, bak kata pepatah "Sehari Selembar Benang, Lama2 Habisla Benang", macam tu la dengan duit. Anda PAHAM kan.
- Emas kalau disimpan, tak kan susut nilainya. Walaupun anda simpan di bawah bantal busuk anda. Nilainya tetap akan naik, tambahan pula bersinar2 lagi adala. AMARAN! jangan simpan emas bwh bantal, nanti kena CURI..haha.,
- Duit kalau disimpan di bawah bantal,(simpan dirumah amalan orang2 tua dl) nilainya akan berkurang. Contohnya, jika anda simpan RM1000 pada tahun 1999, anda boleh membeli 3 ekor kambing, tapi jika RM1000 juga disimpan sehingga skang, nilainya akan susut. Apa taknya, kambing skang nilainya lebih kurang RM550 seekor. Bleh beli seekor setengah saja..haha. BETOIKAN...taktau la kalau tempat anda kambing masih murah.. Satu lagi, duit akan dimakan anai-anai..HATI2..
Nak order, contact la saya..:-)
tambah kolum ilmu anda dengan membaca ebook
ReplyDeletemenyingkap rahsia pelaburan emas
dapatkan di www.pokli.com
pudin...tolong rekemen skit ko saing2
ok, pokli..beres.
ReplyDeleteakan direkemenkan..