Salam,
Saya pasti ramai yang sudah mengetahui teknik2 mencuci barang kemas lama @ yang berdaki sendiri di rumah tanpa menghantarkannya ke kedai emas..Tujuan utamanya adalah untuk mengembalikan sinaran emas tersebut agar kelihatan baru dipakai @ dibeli terutama sekali bila mengahadiri majlis kenduri-kendara..hahaha.Di sini saya ingin berkongsi dua teknik yang boleh kita gunakan dalam kaedah pencucian barang kemas ini.
Sekadar Berkongsi...

- Menggunakan larutan/serbuk pencuci biasa.
- Campurkan larutan/serbuk pencuci tadi bersama air suam. Campuran ini mestilah sekata @ homogen dengan mengacaunya.
- Rendamkan barang kemas yang hendak dicuci tadi selama lebih kurang 15 minit.
- Selepas rendam, beruskan @ gosokkan barang kemas tadi dengan menggunakan berus gigi yang halus, berus gigi budak supaya ia tidak tercalar.
- Selepas selesai digosok, bilas barang kemas tadi dengan menggunakan air suam.
- Lapkan barang kemas tadi dengan kain kapas lembut sehingga kering.
- Hasilnya, Insyaallah barang kemas anda kembali bersinar seperti baru dibeli.
- Sediakan larutan ammonia (1:6) dengan mencampurkan 1 bahagian ammonia bersama 6 bahagian air.
- Rendamkan barang kemas yang hendak dicuci selama 1 minit.
- Gosokkan dengan menggunakan berus gigi lembut.
- Bilas barang kemas tadi dengan mengalirkan air kepadanya supaya semua larutan ammonia tadi tidak sedikit pun terlekat padanya.
- Lapkan dengan kain kapas lembut sehingga kering.
- Hasilnya, sungguh berbaloi. TAPI INGAT!!! jangan selalu melakukan teknik ini, kerana ia boleh merosakkan permukaan barang kemas tersebut @ ia akan menjadi pudar selamanya.
Sekadar Berkongsi...