Monday, November 30, 2009

"Emas"Bertindak Ikut Apa Anda Rasa!!!

Salam,

Sudah lama tak dikemaskini blog ni. Arini saya ingin berkongsi atas kesedaran saya sendiri mengenai "emas" , iaitu "Bertindak Ikut Apa Yang Anda Rasa". Macamana tu? Ikut situasi berikut:-
i) Jika anda rasa ingin membeli emas, tetapi menunggu harga emas turun baru membelinya. Anda akan menyesal!!! kerana tidak bertindak ketika itu. Ini adalah kerana sejak beberapa bulan kebelakangan ini, harga emas sukar diramal. Anda membaca spekulasi yang menyatakan harga emas akan turun sekian2 tarikh dan waktu, anda menunggunya tetapi apa yang berlaku adalah tiap2 hari harga emas menaik saja. Jika anda membeli emas ketika anda rasa, mesti anda mendapat untung. Jadi bertindak ikut apa yang anda rasa, JIKA anda berkemampuan..

ii) Jika anda rasa membeli emas fizikal lebih menguntungkan berbanding dengan membuka akaun pelaburan emas, ANDA bijak!!! Ini adalah kerana dari emas fizikal anda boleh mengoptimumkan keuntungan pelaburan anda dengan memajakkan emas fizikal tadi ke Ar-Rahn tertentu dan menggunakan wang hasil dari pajakan tersebut untuk membeli emas lagi @ menggunakannnya bila anda mengalami kesempitan wang. Jika anda membuka akaun pelaburan emas, anda perlu menunggu harga emas betul2 naik dari harga belian anda, barulah anda dapat menjualnya kembali dan mendapat sedikit keuntungan dari perbezaan tersebut. Anda tidak boleh menukarkan akaun tersebut untuk mendapatkan emas fizikal & anda tidak boleh cagarkannya ke Ar-Rahn untuk mendapatkan wang bila anda kesempitan wang. FIKIR2kan lah.
Jadi bertindaklah ikut apa yang anda rasa. Emas fizikal termasuk "Emas Public Gold /Dinar, Kijang Emas, Produk emas dari UOB, Barang2 kemas yang dibeli untuk istri anda & banyak lagi". Ingat!!!Zakat perlu dibayar apabila cukup syarat2nya & jangan lupa menebus kembali emas fizikal yang dipajak apabila cukup tempohnya supaya ia tidak di LELONG!!!

Sedikit Info Selingan....HARGA EMAS FGJAM naik lagi dalam tempoh tak sampai sebulan berkuatkuasa 25 November 2009.

999 Gold : RM150.00/gm
916 Gold : RM142.00/gm
835 Gold : RM130.00/gm
750 Gold : RM118.00/gm
375 Gold : RM63.00/gm


Anda tengok tu dengan harga emas skang, jadi apa yang anda tunggu lagi, "Bertindaklah Ikut Apa Anda Rasa"..

Sekian, TK.


1 comment:

  1. salam, arini mencanak lagi harge emas..huhu untungnya sape siapa simpan stok dulu2..

    -remy

    ReplyDelete