Tuesday, December 22, 2009

Berita Terkini!!!!! Pajakan Bank Rakyat

Salam,

Mulai arini Bank Rakyat telah menerima pajakan bagi gold bar @ syiling emas keluaran:-
  1. Maybank- Kijang Emas
  2. UOB Bank Produk- Semua syiling @ gold bar yang dibeli dari UOB Bank
  3. Dinar Kelantan
  4. Poh Kong- Semua gold bar yang dibeli dari Poh Kong
  5. Tomei- Semua gold bar yang dibeli dari Tomei
Bagi produk syiling & gold bar dari keluaran lain, Bank Rakyat hold buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Maklumat ini saya perolehi dari rakan info dari Bank Rakyat sendiri. Untuk maklumat lanjut, anda semua bolehla menghubungi Bank Rakyat yang berdekatan tempat anda.

Sekian, sekadar ingin berkongsi kegembiraan. SYUKOOOOOORRR Alhamdulillah.



Friday, December 18, 2009

Emas Tinggi Darjatnya Oleh Allah SWT..Kenapa?

Salam..

Tahukah anda kenapa Allah SWT mengangkat darjat emas sehingga ia dan amat bernilai dan berharga dari kaca mata kita sehingga menjadi rebutan sekalian manusia? Kisahnya begini;
Allah SWT izinkan Nabi Adam dan Siti Hawa memakan apa jua buah2an yang ada di taman syurga kecuali buah Kuldi. Iblis yang memasuki syurga dengan bantuan Ular Yang menelannya dan kemudian memasuki syurga, burung merak mengawal memerhatikan para malaikat penjaga syurga pada bahagian dalam syurga semasa ular melepas iblis, manakala kuda membawa iblis ke tempat di mana Adam dan Hawa berada. Iblis bertanggungjawab membuat hati Hawa berdetik untuk merasa buah Kuldi seterusnya ia mempengaruhi nabi Adam sehingga berubah fikiran untuk mencubanya.

Diriwayatkan sebaik Nabi Adam makan buah Kuldi, ia tersekat di leher menjadi Halkum manakala bagi Siti Hawa ia tersekat di dada menjadi buah dada. Seterusnya mereka terus terasa ingin membuang air kecil dan besar. Berlari-lari mencari tempat untuk tujuan tersebut sedangkan di Syurga bersih dan suci
. Lalu Allah SWT mencampakkannya ke dunia bersama- sama haiwan yang membantu iblis memasuki syurga.
Apabila Nabi Adam dan Siti HAwa dikeluarkan dari syurga, semua malaikat dan makhluk2 di Syurga tidak puas hati dengan tindakan Allah SWT dan Allah SWT yang Maha Mengetahui hanya EMAS sahaja yang tidak tergolong dalam kumpulan ini, lalu Allah SWT bertanyakan kepada emas adakah tindakannya betul supaya didengar oleh yang lain2. "YANG BERSALAH TETAP BERSALAH, YANG BERSALAH MESTI DIHUKUM" kata emas. Dengan jawapandaripada emas tersebut, Allah SWT menaikkan darjat emas sehingga ia tidak boleh berkarat meskipun terbenam sekian lama di dalam tanah, digemari untuk dijadikan hiasan kaum wanita serta menjadi rebutan anak2 cucu Adam, termasuklah SAYA&Anda semua. Jadi tunggu apalagi, belilah emas skang. Harga tengah turun.

Sekian, sekadar berkongsi apa yang dijumpai...


Monday, November 30, 2009

"Emas"Bertindak Ikut Apa Anda Rasa!!!

Salam,

Sudah lama tak dikemaskini blog ni. Arini saya ingin berkongsi atas kesedaran saya sendiri mengenai "emas" , iaitu "Bertindak Ikut Apa Yang Anda Rasa". Macamana tu? Ikut situasi berikut:-
i) Jika anda rasa ingin membeli emas, tetapi menunggu harga emas turun baru membelinya. Anda akan menyesal!!! kerana tidak bertindak ketika itu. Ini adalah kerana sejak beberapa bulan kebelakangan ini, harga emas sukar diramal. Anda membaca spekulasi yang menyatakan harga emas akan turun sekian2 tarikh dan waktu, anda menunggunya tetapi apa yang berlaku adalah tiap2 hari harga emas menaik saja. Jika anda membeli emas ketika anda rasa, mesti anda mendapat untung. Jadi bertindak ikut apa yang anda rasa, JIKA anda berkemampuan..

ii) Jika anda rasa membeli emas fizikal lebih menguntungkan berbanding dengan membuka akaun pelaburan emas, ANDA bijak!!! Ini adalah kerana dari emas fizikal anda boleh mengoptimumkan keuntungan pelaburan anda dengan memajakkan emas fizikal tadi ke Ar-Rahn tertentu dan menggunakan wang hasil dari pajakan tersebut untuk membeli emas lagi @ menggunakannnya bila anda mengalami kesempitan wang. Jika anda membuka akaun pelaburan emas, anda perlu menunggu harga emas betul2 naik dari harga belian anda, barulah anda dapat menjualnya kembali dan mendapat sedikit keuntungan dari perbezaan tersebut. Anda tidak boleh menukarkan akaun tersebut untuk mendapatkan emas fizikal & anda tidak boleh cagarkannya ke Ar-Rahn untuk mendapatkan wang bila anda kesempitan wang. FIKIR2kan lah.
Jadi bertindaklah ikut apa yang anda rasa. Emas fizikal termasuk "Emas Public Gold /Dinar, Kijang Emas, Produk emas dari UOB, Barang2 kemas yang dibeli untuk istri anda & banyak lagi". Ingat!!!Zakat perlu dibayar apabila cukup syarat2nya & jangan lupa menebus kembali emas fizikal yang dipajak apabila cukup tempohnya supaya ia tidak di LELONG!!!

Sedikit Info Selingan....HARGA EMAS FGJAM naik lagi dalam tempoh tak sampai sebulan berkuatkuasa 25 November 2009.

999 Gold : RM150.00/gm
916 Gold : RM142.00/gm
835 Gold : RM130.00/gm
750 Gold : RM118.00/gm
375 Gold : RM63.00/gm


Anda tengok tu dengan harga emas skang, jadi apa yang anda tunggu lagi, "Bertindaklah Ikut Apa Anda Rasa"..

Sekian, TK.


Sunday, November 8, 2009

Harga Emas FGJAM NAIK!!!!

999 Gold : RM142.00/gm
916 Gold : RM134.00/gm
835 Gold : RM122.00/gm
750 Gold : RM110.00/gm
375 Gold : RM59.00/gm

Harga emas Malaysia naik lagi. Jadi apa anda semua tunggu lagi, mulalah menyimpan emas atau membeli barang kemas untuk isteri tercinta anda. Dalam sekelip mata saja harga naik melambung. Bagi yang nak kahwin tahun ni yang belum membeli barang kemas lagi, sakitlah sikit. Tapi takpa, "what u give, u get back"..haha.

Sekian, TK

Saturday, October 24, 2009

Cara-cara Mencuci Barang Kemas Lama

Salam,

Saya pasti ramai yang sudah mengetahui teknik2 mencuci barang kemas lama @ yang berdaki sendiri di rumah tanpa menghantarkannya ke kedai emas..Tujuan utamanya adalah untuk mengembalikan sinaran emas tersebut agar kelihatan baru dipakai @ dibeli terutama sekali bila mengahadiri majlis kenduri-kendara..hahaha.Di sini saya ingin berkongsi dua teknik yang boleh kita gunakan dalam kaedah pencucian barang kemas ini.
  1. Menggunakan larutan/serbuk pencuci biasa.
  • Campurkan larutan/serbuk pencuci tadi bersama air suam. Campuran ini mestilah sekata @ homogen dengan mengacaunya.
  • Rendamkan barang kemas yang hendak dicuci tadi selama lebih kurang 15 minit.
  • Selepas rendam, beruskan @ gosokkan barang kemas tadi dengan menggunakan berus gigi yang halus, berus gigi budak supaya ia tidak tercalar.
  • Selepas selesai digosok, bilas barang kemas tadi dengan menggunakan air suam.
  • Lapkan barang kemas tadi dengan kain kapas lembut sehingga kering.
  • Hasilnya, Insyaallah barang kemas anda kembali bersinar seperti baru dibeli.
2. Menggunakan Ammonia.
  • Sediakan larutan ammonia (1:6) dengan mencampurkan 1 bahagian ammonia bersama 6 bahagian air.
  • Rendamkan barang kemas yang hendak dicuci selama 1 minit.
  • Gosokkan dengan menggunakan berus gigi lembut.
  • Bilas barang kemas tadi dengan mengalirkan air kepadanya supaya semua larutan ammonia tadi tidak sedikit pun terlekat padanya.
  • Lapkan dengan kain kapas lembut sehingga kering.
  • Hasilnya, sungguh berbaloi. TAPI INGAT!!! jangan selalu melakukan teknik ini, kerana ia boleh merosakkan permukaan barang kemas tersebut @ ia akan menjadi pudar selamanya.
Sekian, SELAMAT MENCUBA..

Sekadar Berkongsi...

Sunday, October 18, 2009

Semakan Harga Public Gold & Dinar Melalui SMS

Salam,

Untuk memudahkan para pembeli untuk menyemak harga semasa bagi produk Public Gold dan Public Dinar, kaedah SMS (pesanan khidmat ringkas) telah diperkenalkan. Anda bolehlah menyemaknya di mana saja anda berada melalui kaedah berikut:

1. Untuk menyemak harga Public Gold iaitu harga bagi 20g, 50g & 100g.


Taip PUBLIC GOLD dan Hantar ke 32828.


2. Untuk menyemak harga Public Dinar iaitu harga bagi 1,5 & 10 Dinar.

Taip PUBLIC DINAR dan Hantar ke 32828.

Setiap SMS yang dihantar akan dicaj RM0.30.

Ini memudahkan lagi para pembeli yang tidak mempunyai perkhidmatan internet untuk membuat pembelian berdasarkan harga tersebut.

Sekian, terima kasih.


Monday, October 12, 2009

Kelas Pelaburan Emas Percuma..

Salam,

Jom kita join satu kelas mengenai "Pelaburan Emas" anjuran "Public Fine Gold International" yang bertempat di:

Public Fine Gold International Sdn Bhd

42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor)

Mentari Business Park,

Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya,

Selangor.

Mai, jangan ketinggalan bagi yang berminat & mempunyai masa yang terluang..
Semuanya PERCUMA..