Friday, July 31, 2009

Simpanla Emas...

Salam,

Apakah yang menyebabkan saya tertarik kpd emas? Sedangkan saya ni lelaki. Sepatutnya kaum2 wanitala yang tertarik dgn emas ni..Haa! ini yg saya nak ceritakan. Dah lama dah saya tertarik kpdnya. Ingin memilikinya, pikir balik Haram bg si lelaki memakainya. Jadi saya ingin memilikinya jgk. Apakah yg boleh dibuat jika dibeli, tp tak bleh dipakai? Nak bg isteri, dia kurang minat. Syukur saya:)..Klu tak, pening tu..

Ok, ini pengalaman saya. Saya suka tgk Buletin Utama part2 yg berita ekonomi tu. Mesti ada list harga emas semasa. Tak taula saya, mesti saya tunggu part tu la. Arini naik, esok turun begitulah seterusnya berlaku. Apakah yg menyebabkan harga ia naik&turun ni ha? saya pun terpikiaq. Tak taula saya. Rasanya klula saya ada emas, mesti ada untung disebabkan naik/turun ni. Itu hanyalah angan2 kosong dan anggapan saya pada masa tu. Tak study lebih2la plak.
Sampai satu ketika bila saya ingin kawin, nak p beli emas nak buat hantaran. Masa tu sekitar Dis 2006. Pi la cari kat kedai2 emas yg menawarkan harga terbaikkk punya. Akhirnya jumpa, kedai emas Wah Chan kat Carrefour Subang. Nak tau harga masa tu berapa, RM69/1gram bagi emas 916. Harga promosi. Kalau kat Habib@Poh Kong sekitar RM85/1gram. Nak save punya pasai, saya&istri pn belila cincin&gelang tangan. Beli simpan tu... Nak kawin Ogos 2007. Lambat lagi tu. Tak berkulat pun, malahan bersinar2 sampaila skang. Sebab tak pakai :). Istri saya bukannya suka emas pun. Nak tau tak berapa harga masa Ogos 2007? Sekitar RM105/1gram seingat sayala. Nasib baikla saya beli awal. Beza cuma 8 bulan, harga dah naik RM36/1gram. Waa untungla saya&istri beli awal. Klu tak, bertambah lg kos sampingan kawin saya.

Bermula dari situla, saya pikir2 emas ni kalau disimpan memberi keuntungan yg besar ni. Tertanya2 plak di hati saya, klu la emas mak saya tak dirompak di kedai pajak itu ari, mesti nilainya banyakkan?sedih22. Tak nak ingat lagi..Tapi bila dah kawin, saya mula lupakan emas ni. Maklumla seronok beralih dr kehidupan bujang ke beristri&sampaila saya mempunyai anak. Baru saya pikir balik pasai emas ni. Itupun setelah dibebani hutang kad kredit yg byk la jgk. Saya nk cari satu kaedah penyelesaian hutang kad kredit yg mana ia masih boleh menjadi hak kita balik apabila ia digunakan sementara waktu ketika kita memerlukannya. Saya rasa semua tak paham apa yg ingin saya jelaskan. Tapi saya paham..ha2. Apakah benda itu ya? Mestila "logamkaya". Mulai aritu saya kumpul skit2 duit, campur duit claim sna-sni, duit baki simpanan bank yg ciput&mengumpul maklumat dr bacaan blog2 otai emas kita, saya pun belila "maple leaf" dr UOB Bank. Bulan Feb 2009 tuu. Emas tengah mahal. Saya pakai beli ja. Lepas tu p gadai kt Ar-Rahnu B.Rakyat. Bayar hutang kad kredit. Sambil2 guna utk bayar hutang, amik skit dari hasil gadaian tu, p beli dinar kelantan plak. Kumpul duit lg, tebus balik. Dapat balik "maple leaf" tu. Ulang lg sampai baki kad kredit tinggal skit2. Memang saya nampak keuntungan menyimpan emas ni, harap2 anda sama berpendapat dgn saya. Ini kisah benar yg ingin saya kongsikan...Sekian, terima kasih.

Iklan skit; nak beli emas&dinar PGold, contactla saya..

Saturday, July 25, 2009

Keburukan menjelaskan hutang bank awal dari tempoh perjanjian.

Salam,
Arini, saya ingin berkongsi apa yang akan terjadi oleh seorang peminjam bank jika ingin menyelesaikan hutangnya kurang dari tempoh pinjaman. Senang katala, nak settle cepat hutang. Tak nak pening kepala dibebani hutang yg banyak. Ok, macam ni, contohnya kita membuat pinjaman sebanyak RM25000, kadar faedahnya sebanyak 5.75% setahun dan tempoh masa hutang perlu diselesaikan ialah 10 tahun(120 bulan). Kadar bayaran bulanan sebanyak RM329. Contohnya kita telah membayar hutang tersebut selama 40 bulan. Jadi jumlah bayaran selama 40 bulan ialah RM329X40=RM13160. Katakan pada bulan ke 41, kita ingin menyelesaikan kesemua hutang tersebut. Pihak bank ada menyatakan jika kita ingin menyelesaikan hutang tersebut awal dari tempoh matangnya, rebat akan diberiikan kepada kita. Jadi, berapakah rebat tersebut?Mesti ramai yang beranggapan rebat tersebut akan membantu kita mengurangkan jumlah baki yang hutang yang tertinggal. Anda sebenarnya salah...
Macamni,

Jumlah bayaran yang telah dibayar=RM13160 (selama 40 bulan)
Jumlah bayaran perlu dibayar selepas direbat bank=RM19850 (nilai ini diberi oleh pihak bank)
Maka jumlah keseluruhan bayaran hutang kita=RM13160+RM19850=RM33010
Jadi kadar keuntungan bank=RM33010-RM25000=RM8010
Maka peratus keuntungan bank=RM8010/RM25000X100=32.04% (40 bulan)
Peratus keuntungan asal mengikut perjanjian selama 10 tahun=5.75%X10=57.5% (120 bulan)

Cuba kita tengok, sepatutnya kita mengharapkan bank akan memberi rebat sekurang2nya 1/3 dari peratus keuntungan asal mengikut perjanjian iaitu sebanyak 57.5%/3=19.17% berdasarkan kepada tempoh pinjaman yang telah dibuat hanyalah 40 bulan iaitu hanya 1/3 dari tempoh asal perjanjian. Tetapi sebaliknya kita terpaksa membayar kadar faedah yang lebih tinggi lagi iaitu sebanyak 32.04%. Apa yang untungnya jika menjelaskan pinjaman kita awal dari tempohnya? Rugi lagi adala.

Cuba kita kira balik berapakah nilai % kadar keuntungan bank tersebut jika kita selesaikan hutang tersebut,
32.04%/40X12=9.61% setahun, padahal kadar keuntungan asal =5.75%

Jadi sapa yang untung? Pemiutangla, bukannya Penghutang...
Di sini kita perlu pikiaq dulu sebelum membuat hutang dari segi berapa jumlah sebenar duit yg kita nak pakai, tempoh pembayarannya & kadar faedah yang ditawarkan. Jangan percayala rebat2 ni. Memangla kalau dilihat dari segi jumlah keuntungan asal bank dikurangkan iaitu dari 57.5% menjadi 32.04%, tapi kalau dihitung dari segi tempoh pinjaman yang kita buat adalah singkat, sepatutnya nilai rebat tersebut mestilah berapatutan & menguntungkan kita.

Di sini saya ingin mencadangkan kepada anda semua satu alternatif hutang yang baru iaitu pajak gadai Islam Ar-Rahnu. La ni dah ada beberapa koperasi & bank yang tawarkan perkhidmatan ini. Tapi sebelum berurusan dengan pajak gadai Ar-Rahn ni, kita mestilah mempunyai emas. Emas2 tersebut terdiri dari barang2 kemas isteri, mak @ saudara-mara anda semua. Mintakla dgn cara yg elok. Jangan pi ambik senyap2 & bawak p gadai plak. Tapi kalau sapa2 yang rasa2 nak beli emas PGold dgn saya pun boleh:)..Memang dialu-alukan. Lepas tu bawak p gadai. Kadar upahnya rendah saja. Contohnya Ar-Rahn BRakyat, kadar upah adalah sebanyak 4.5% sahaja bagi tempoh 6 bulan (9% setahun). Boleh tambah tempoh lagi selama 6 bulan jika tak berkemampuan nak tebus kembali emas yang digadai tersebut. Boleh bayar secara ansuran duit yang dipinjam serta upahnya, bukan macam pinjam bank. Kena bayar ikut perjanjian bulanan yg telah ditetapkan. Lagi tekanan.. Emas menjadi hak milik kita kembali jika kita selesai membayar hutang & upahnya. Kalau pinjaman bank, selesai saja hutang abis bayar, selesai jugakla duit yang dihutang, malahan ada yang selesai awal sebelum hutang abis dibayar lagi. Kecuali pandai2 selit2 dalam Tabung Haji, ASB @ pelaburan lain.

Kaedah hutang Ar-Rahn ini sesuai bagi penghutang yang ingin membuat hutang dlm jangkamasa yg singkat, contohnya peniaga2 yang mempunyai byk simpanan emas isterinya..haha. Nak tambah koleksi emas bleh hubungi saya.(iklan)..

Ini hanyalah sekadar ingin berkongsi, kiraan yg diberi mungkin ada ralatnya. Yang baik kita amalkan, yang buruk kita hindarkan..Selamat beramal.

Thursday, July 23, 2009

Siapakah Genneva?










Genneva


HQ in Subang Jaya, Selangor
Established in March 2007
Manufacturer/Smelter/Trader
Based in Malaysia & Singapore
Trading/dealing with physical gold

Gold Plan Mechanism:
  1. Sell gold according to FGJAM daily price
  2. 3month Term
  3. Min investment 100g for 999 or 1 kg for 999.9 (hallmarked bar)
  4. DISCOUNTS OFFERED:- 2.5% DISCOUNT/REBATE per month
  5. Buy back guarantee

Gambar2 tauke Genneva..

  • Kebanyakan yg join Genneva ni terdiri dari kaum india & cina.
  • Ramai agennya dari kaum2 tersebut.
  • Gold yang dibeli, boleh dipegang si pembeli, dan selalunya gold tersebut mereka bawa ke Ar-Rahn Bank Rakyat untuk digadai.
  • Bila cukup tempoh 3 bulan, pergi tebus & renew @ jual balik ke Genneva.
  • Lebih kurang skim2 yg lain jgk la..

k, sekadar ingin berkongsi..walaupun dah basi isu ni..

Monday, July 20, 2009

Harga Emas Harian Ar-Rahn Bank Rakyat

Salam,

Arini, saya ingin berkongsi bagaimana nak tahu berapakah harga emas harian Ar-Rahn Bank Rakyat tanpa memerlukan kita pi tengok dekat bank@call officer berkenaan. Mesti ramai yang dah mengetahuinya, tapi saya di sini hanya sekadar ingin berkongsi maklumat sahaja. Bagaimanakah caranya ya? Mudah saja, anda semua hanya klik link harga emas etika di laman blog saya @ layari www.etikaemas.com dan skrin tersebut akan terpapar:

Harga Semasa Etika Emas (1 gram)

Ketulenan Tarikh Jualan (Pertama Kali) Jualan Belian
999.9 20/07/2009 RM 133.09 RM 126.75 RM 122.95
950 20/07/2009 RM 126.43 RM 120.41 RM 116.80
916 20/07/2009 RM 122.00 RM 116.19 RM 112.70
Kemaskini : 20/07/2009 09:16:03

Seterusnya, anda perlu lihat pada harga jualan yang saya "bold" dan highlight kuning. Ini menunjukkan harga belian Ar-Rahn pada hari tersebut. Harga ini sentiasa di update sekitar jam 10 pagi setiap hari, isnin hingga jumaat. Mudahkan? Jadi anda semua senangla nak merancang & mengira berapa jumlah wang yang akan anda perolehi sebelum berurusan dengan bank secara kasar dahulu. Dengan bantuan ini juga, memudahkan anda semua untuk renew kontrak gadaian anda jika harga naik dari nilai gadaian terdahulu. Contohnya, jika nilai gadaian terdahulu harga beliannya RM120 bagi 1 gram emas 999.9, jadi jika anda ingin renew tempoh gadaian dengan harga arini, maka anda semua sudah mendapat selisih keuntungan sebanyak RM6.75 (RM126.75-RM120) bagi setiap 1 gram. Dah dapat untungkan, lagi banyak gram, lagi banyak yang anda akan dapat. Surat gadaian baru akan diberi kepada anda dengan harga semasa dan ditolak jumlah upah bagi jumlah bulan @ hari bagi gadaian terdahulu. Lebihan tersebut akan diberi kepada anda. Senangkan? Tak payah tunggu 6 bulan untuk anda menebus emas anda & tak payah risau jika wang anda tidak mencukupi untuk menebusnya. Gunakan teknik renew ini sehingga anda mampu untuk menebus kesemuanya bila cukup wang kelak. Dengan ini, anda boleh memaksima keuntungan dari emas ini..

Sekadar ingin berkongsi..

Friday, July 17, 2009

Sesi soal jawab LoGaMkAyA

Salam,

Sekadar ingin berkongsi..

1) Apakah tujuan utama aku ceburi pelaburan berasaskan logamkaya ini?
Untuk mencari satu kaedah penyelesaian hutang2 aku. Terutama sekali kad kredit,tanpa
menjejaskan wang poket aku yang sangat terhad dengan menggunakan sumber yang sediada.

2) Bagaimanakah caranya itu?
Aku ada beli seekor kijang emas dengan harga RM3500 pada masa lalu. Lepas itu aku
gadaikannya di Ar-Rahn Bank Rakyat. Berat 1 kijang emas bersamaan 1oz iaitu=31.1gram.
Katakan pada hari itu, Ar-Rahn memberi gadaian dengan harga 1gram=RM125 bagi emas
24K (purity kijang emas) dan memberi pinjaman sebanyak 65% bagi nilai marhun kijang
emas tersebut. Jadi 31.1gram X RM125 X 65%=RM2526.88. Maka aku akan perolehi
RM2526.88 dengan 1 kijang emas.

3) Apakah yang aku buat dengan wang tersebut?
Katakan hutang kad kredit aku pada masa itu RM2500. Jadi, amik wang dari gadaian
tersebut dan terus p bank dan selesaikan bayaran kad kredit tersebut. Oppss,
terlupa plak, aku perlu bayar upah simpan kepada Ar-Rahn disebabkan memberi
pinjaman kepada aku dari gadaian tadi. Tapi berapa?

4) Berapakah nilai upah yang perlu dibayar kepada Ar-Rahn?
Ok, nilai marhun yang sebenarnya ialah=31.1gram X RM125=RM3887.50. Tengok tu, kat
sini pun aku dah untung dari kijang emas ini. Beli RM3500, tapi bila di Ar-Rahn
nilai marhun sebenarnya RM3887.50. Dah untung RM3887.50-RM3500=RM387.50
tu(dalam bentuk jumlah nilai yang boleh diberi hutang dari Ar-Rahn la). Tapi kalau jual
kat Maybank balik mungkin harganya kurang dari yang dibeli tadi. Ok, kita
teruskan lagi dgn kiraan upah tadi, iaitu jumlah nilai marhun=RM3887.50/100X
RM0.75=RM29.16 bagi sebulan upah. Kita diberi masa selama 6 bulan untuk
selesaikan pinjaman dan upah tersebut. Maka upah untuk 6 bulan=RM29.16X6=RM
174.96. Jadi jumlah pinjaman dan upah bagi 6 bulan=RM2526.88+RM174.96=RM2701.84.

5) Untungkah aku jika aku guna teknik ini?
Untung, sebab kadar faedah kad kredit=18% setahun. Tapi, kadar upah Ar-Rahn hanya
13.84% sahaja setahun. Apakah buktinya? Macam ni, kadar upah bagi 6
bulan=RM174.96/RM2526.88X100=6.92%. Jadi upah bagi setahun=6.92%X2=13.84%. Jika
dibandingkan dengan faedah kad kredit kita untungla 4.16%, dan tiada cas2 lain
yang terselindung compare dengan kad kredit.

6) Tapi bolehkah aku bayar balik kadar pinjaman&upah tadi?
Insyaallah boleh, aku displinkan diri aku dengan dengan hanya menyelesaikannya
dalam masa 5 bulan sahaja. Aku p bayar sikit2 kat Ar-Rahn sampai habis. Mereka
terima dan kadar upahnya pun kurang, cuma perlu bayar RM145.80 compare dgn kad
kredit, faedahnya=RM187.50. Itupun tak termasuk cas lewat bayar&cas yang kia tak
tau mai dari mana lagi. Ar-Rahn takda cas2 tu. Cara Islamik. Itu yang kita mau.
Bila kita selesaikan semuanya, kita akan dapat balik kijang emas tadi.
Alhamdulillah,selamat kijang tu. Mana tau masa tu,harga tengah naik, kita boleh
jual kat Maybank balik. Dah dua kali untung. Tapi ingat, harga emas naik turun
tak tentu,tapi setahu aku, jika kita simpan emas keuntungannya dijangka 20%-25%
setahun mengikut trend tahun2 lepas. Simpan saja, repeat balik jika hutang kad
kredit masih ada.

Ini hanya sekadar ingin berkongsi saja. Kalau anda semua ada teknik lain seperti menggunakan kaedah "Balance Transfer" pun boleh. Banyak bank dah offer nilai faedah "Balance Transfer" yang rendah contohnya Public Bank. Tapi ingat pembayaranya tetap, kalau lambat bayar kena cas macam tu jgk. Kalau guna kaedah gadaian ini, tidak menyusahkan kita. Ada duit lebih, bayar lebih. Ikut kemampuan. Kalau tak mampu juga, bila genap 6 bulan, p bayar upah saja&renew lagi 6 bulan supaya emas anda tidak dilelong. Kalau masa tu harga emas Ar-Rahn naik, anda akan dapat lagi lebihan wang dari harga semasa. Tapi saya percaya, ramai pengguna kad kredit hanya membayar cas minimum yang perlu dibayar bagi setiap bulan. Jangan!ini menyebabkan kita lagilah dicas dengan faedah yang tinggi. Ingat!!!jangan kita p gadai emas kita di Kedai Pajak Ah Kong plak, samaja. Malahan lagilah tinggi kadar faedahnya.

Sekian. TK.
Kalau nak beli emas PBGold&Dinar bleh hubungi saya.





Tuesday, July 14, 2009

"Yang Penting KeRjAsAmA"

Salam,

Alhamdulillah,akhirnya apa yg ingin ku hasratkan telahpun ku laksanakan semalam. Apakah hasrat itu? Hasrat untuk "Merialisasikan Angan2 Mat Jenin". Tapi sekarang Mat Jenin tak berangan lagi, malahan telahpun merialisasikan angan2nya menjadi satu kenyataan. Dengan berbekalkan modal yang cukup2, habis ku gunakan untuk meneruskan lagi misiku untuk "membongkar rahsia keajaiban logamkaya" ini. Setinggi terima kasih ku ucapkan kepada "Pokli" kerana sudi mengambilku menjadi rakan rangkainnya. Otai ni! hangpa semua nak tau. Segan & terharu pun ada,bila seorang yang bergelar jutawan sudi mengambilku menjadi rakan rangkainnya. Tapiku tak kisah, sampai bila ku nak malu. Tak maju2 la jawabnya. Tiada kebebasan kewanganla jawabnya. Diriku pun mengharapkan seperti beliau juga. Bak kata beliau "sharing is caring". Itulah sebabnya beliau tak kisah nak kongsi segala ilmunya kepada kita semua. Dah bergelar jutawan senyap maa.. Tapi bagiku cara beliau juga boleh diklasifikasikan sebagai suatu budaya "Yang Penting KeRjAsAmA", iaitu satu cara yang sekian lama telah diamalkan oleh kaum cina & wonderpet..haha... Sekadar gurauan

Sekian,TK

Sunday, July 12, 2009

10 Predictions for 2009

1) The stock market decline will accelerate in 2009, with the Dow Jones Industrial Average dipping below 6,000. Extreme volatility will engulf the markets with plenty of counter-trend rallies that will be fueled by speculators “calling the bottom,” only to find a new bottom the following month.
2) Unemployment will rise dramatically as “official” statistics reach towards 10% and true unemployment rises closer to 20%.
3) Real estate prices will continue to drop as rates reset and foreclosures increase across the country. Commercial real estate will finally follow residential, as price declines accelerate due to foreclosures on shopping malls, retail outlets, office buildings, etc.
4) Bailouts will continue, with more industries lining up for government rescue packages and both the financial and auto industries returning to the trough for more of their fix. This will lead to prediction #5.
5) Deflation will subdue and the first signs of hyperinflation will appear in the back half of 2009 as the trillions in bailout dollars begin to flow into the economy. The price declines that are a result of liquidation and de-leveraging, will give way to skyrocketing prices as politicians continue trying to print and borrow our way out of bad times. This will lead to prediction #6.
6) The dollar will resume its downtrend and make new lows during the first half of 2009. This will continue throughout the year with the dollar reaching into the low 60’s as the world loses confidence in the U.S. currency and the U.S. government’s ability to repay its debt.
7) Oil will rise from current lows and find a “fair price” somewhere in the $75 – $100 range, where it will float for much of the year. This will benefit alternative energy companies, although any gains will be muted by credit contraction and the overall market decline.
Agriculture prices will return to an uptrend as declining investment and unpredictable weather patterns lead to supply shortages amidst an ever-expanding population and increase in inflation.
9) Gold will make a new all-time (nominal) high reaching a price of $1,400 or more during 2009. A panicked flight to safety could push gold towards $2,000, although the central banks will dump gold on the market or make other attempts at suppressing the price advance.
10) All of the above will lead to increased crime and civil unrest with protests in the streets, bank runs and an increased police and military presence trying to bring stability to cities.


Sekadar ingin berkongsi, walaupun prediction ini dah lama. Cuba lihat item no.9, adakah ia akan menjadi kenyataan. Sama2lah kita tunggu&lihat. Sambil2 tunggu tu, kumpullah seberapa mampu "logamkaya" ini sementara harga masih murah. Percayalah walaupun prediction ini tidak menjadi kenyataan, "logamkaya" tidak menghampakan kita semua. Insyallah..Marilah kita sama2 doakan..

Sekian, TK.