Friday, February 19, 2010

Tahukah Anda!

Salam,

Sudah lama tak update. Jadi aku mau kongsi sikit pasal emas ni.
  1. Tahukah anda; "Kandungan Emas di Laut adalah 200 kali ganda lebih banyak dari Daratan". Jadi kita semua jangan takut, bekalan emas dunia tak kan habis. Naik turun harga emas semuanya spekulasi saja. Mungkin bila emas mula dilombong di laut, harganya berlipat ganda jadinya kerana melibatkan kos yang besar untuk mendapatkannya berbanding lombong di daratan. Tunggu apa lagi, selagi emas dilombong di daratan ni, beli & simpan seberapa banyak yang mampu.
  2. Ungkapan Emas;"Semulia-mulia pekerjaan adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri". (Nabi Muhammad S.A.W). Jadi aku akan berusaha dengan apa yang dianugerahkan kepadaku untuk mencapai objektif aku dalam bidang EMAS ini @ "logamkaya" amnya. Walaupun skang aku baru berstatus Novis lagi, tapi aku akan tingkatnya menjadi Expert, Insyaallah di kesemua bidang yang berkaitan EMAS ini. Aku akan gali lagi. Kat Laut yang luas sana banyak lagi terkandungnya Emas ini, begitulah ilmu Emas yang perlu aku terokai.
Sekian.TK..