Sunday, August 30, 2009

Masa Itu Emas..

Salam ramadhan,

Arini ingin saya ingin kongsikan mengenai tajuk "Masa itu Emas". Rasanya semua orang cukup faham mengenai pepatah tersebut. Di sini, apa yang ingin saya ketengahkan adalah mengenai perkataan "EMAS" itu sendiri. Mengapakah pepatah tersebut mengaitkan masa dengan "EMAS"? agaknya mengapa ya..? Bagi saya, masa adalah suatu tempoh waktu tertentu yang mana ia tidak akan kembali berulang jika sesuatu perkara yang penting berlaku dan jika ianya berulang pun, ia tidak akan sama dengan apa yang berlaku buat pertama kalinya. "EMAS" pula suatu logam yang bernilai yang mana semua manusia di dunia ini berebut2 untuk memilikinya. Samada berebut untuk memilikinya sebagai aset(bagi yang sedar akan keajaiban logam ini) ataupun sebagai alat perhiasan bagi kebanggaan diri sendiri. Apabila kedua2nya dikaitkan, ia akan menjadi suatu pepatah yang hebat dan kekal hinggalah sekarang. Jadi, kita perlulah merebut peluang yang ada sekarang bagi mengumpul seberapa banyak atau boleh "EMAS" ini kerana sekarang adalah masa yang paling sesuai kerana harganya tengah stabil dan tidak begitu tinggi. Percayalah "EMAS" walaupun anda beli sedikit pun (1 dinar contohnya) pada harga yang tinggi, ia akan memberi pulangan di luar jangkaan anda bila tiba masanya kelak. Bagi anda yang rasa ingin membelinya pada masa harganya tengah tinggi, teruskan niat tersebut. Jangan anda akan rasakan harga tersebut akan turun mendadak baru anda membelinya kerana sifat "EMAS" adalah tidak seperti komoditi yang lain. Permintaannya sentiasa tinggi di seluruh dunia walaupun harganya tinggi. Rekod telah menunjukkan kadar kenaikan tahunan harganya adalah 20-25% setahun. Jadi apa yang anda tunggu lagi, jika niat di hati ingin membelinya, katakan " YA" jika anda berkemampuan. Jangan menyesal bila harganya naik 1oz=USD1500(ramalan penghujung tahun ini) kelak, barulah anda menabik dada menyalahkan diri sendiri. Walaupun harga tersebut adalah ramalan, tapi ia dibuktikan dengan bukti2 yang kuat. Mulakan tindakan anda sekarang, kerana "Masa Itu Emas".




Friday, August 21, 2009

Bulan pelaburan akhirat...

Salam,

Setelah 11 bulan kita semua mengejar pelaburan duniawi, tibalah masanya kita mengalih perhatian kita untuk menambah kolum aset bagi pelaburan akhirat. Di sini, bukan maknanya kita semua tidak melakukan amalan akhirat sepanjang 11 bulan tersebut. Cuma di sini, penambahan amalan tersebut dilipat gandakan, yang mana sebelum ini kita jarang2 mengunjungi rumah Allah, kita kerap2kan. Insyaallah setiap malam hendaknya. Yang mana sebelum ini kita hanya berbelanja hasil pendapatan kita cuma untuk diri sendiri & keluarga, kita belanjakan bagi semua orang dapat merasakannya. Yang mana sebelum ini kita tidak mengenali langsung jiran selorong rumah kita, Insyaallah kita akan mengenalinya malahan akrab dengannya. Yang mana sebelum ini kedai mamakla menjadi tempat lepak2 kita, kini bertukar menjadi tempat lepak bagi pekerjanya (tapi ada juga yang pergi, tapi di belakang kedai) & banyak lagi manfaat yang dapat diperolehi dari bulan ini. Inilah peluang kita semua untuk merebutnya. Tidak perlu modal yang besar, tidak perlu menunggu bila harga rendah baru "lock price", tidak perlu menjadi agen ;) dan tidak perlu untuk mendapat jualan yang tinggi bagi mendapat komisyen yang banyak.. Setiap gerak geri yang bertujuan ke arah kebaikan dan beriman kepadaNya akan mendapat komisyen yang berlipat ganda..Insyaallah. Itulah kelebihan yang akan diperolehi di bulan pelaburan akhirat ini, "RAMADAN al-Mubarak"..

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua..


Sunday, August 16, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah..

Salam,

Arini dalam sejarah; sebab apa ya?
Sebab pertama kali aku menjejaki kaki di "Bumi Kenyalang" Sarawak. Outstation selama 1 minggu. Cantik tempatnya. Patutla ramai pelancong datang bercuti di sini. Antara negeri di Malaysia yang menjadi destinasi wajib bagi kunjungan pelancong dari luar jika menjejaki kaki di Malaysia. Apa yang menarik dapat aku lihat mengenai Sarawak ini adalah, bandarnya bersih, banyak tempat rekreasi. Memang bestla. Maklumla semuanya ditaja, dari tiket hinggalah tempat tinggal. Haahaa...

Setibanya aku menjejaki kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, aku terus dibawa ke tempat penginapanku. Sepanjang perjalanan itu, dapat diperhatikan ada jugak Bank Rakyat kat sini. 2, 3 cawangan juga tu. Terpampang iklan Ar-Rahnu digantung di "banting" Bank Rakyat tu..Terus terlintas di fikiranku ingat pasal emas..hahaha.. "Emas yang tiada batasan dan had kawasan" . Tapi kedai2 emas tak nampak plak aku. Tak taula, mungkin tak perasan kot.

Setahu akula kat Sarawak ni tak ramai lagi yang jadi agen Public Gold. Rasanya rugila plak tak dibawa stok2 yang ada. Manala tau ada orang2 Sarawak yang berkenan nak beli. TAPI, kalau ada yang nak tau maklumat mengenai nak jadi agen ka, tatacara pembelian ka, cara2 nak menggadai emas kat Ar-Rahnu ka, blehla e-mail saya@call saya kat Sarawak ni...

Sekian, TK

Wednesday, August 12, 2009

Emas vs Duit..

Salam,

Arini saya ingin berkongsi sedikit perbezaan antara seorang yang memiliki emas yg banyak vs seorang yg mempunyai duit yg banyak. Ok, tidak dapat dinafikan pd masa skang jika kita ingin memiliki emas, kita perlukan duit. Emas dan duit ini mempunyai ikatan yg kuat, iaitu ia saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi apakah bezanya antara emas dan duit ya? Ini adalah apa yg saya dapat simpulkan dari pengalaman yg telah dilalui dari kes2 di bawah, pendapat anda mungkin berbeza.
  1. Emas jika disimpan walaupun tidak cukup setahun usianya, insyaallah akan memberikan pulangan yg lumayan (dianggarkan 20-25% mengikut analisa bagi tahun2 yg lepas). Contohnya jika anda membeli kijang emas pada 7/4/2009, harga jualannya ialah RM3306, anda simpan. Pada 3/6/2009 anda ingin menjualnya kerana memerlukan duit. Harga beliannya pada masa tersebut ialah RM3499. Jadi anda dah dapat untung. Berapakah untung tersebut, RM3499-RM3306/RM3306X100=5.84% bersamaan dengan RM193. Tengok dalam masa tak sampai 2 bulan pun anda dah dapat untung 5.84%. Banyak tu sapa nak bagikan. Kalau setahun? Kita sama2 kira ya..
  2. Duit jika disimpan dalam ASB pada nilai yg sama seperti di atas, dianggarkan akan mendapat pulangan sebanyak ~8% setahun. Betul tu.. TAPI jika anda simpan hanya 2 bulan sahaja tak kan nak dapat ~8% juga. Kiraannya, RM3306X2/12X8%=RM44.08 iaitu bersamaan dgn 1.33% SAHAJA. Sikitkan..Nasib dapat jgk, kalau tiap2 bulan asyik pi korek saja mungkin akan kurang lagi peratus keuntungannya.
  3. Emas kalau disimpan, tiba2 anda kesempitan duit, tapi bila nak jual harganya pulak jatuh. Apa nak dibuat ya..Anda mesti taknak rugikan? Jangan risau, anda pergila dekat Ar-Rahnu mana2 yg berdekatan. Gadaikan dan dapatlah 65% @ 70% dari nilai marhun semasa emas tersebut. Dapatla melegakan kesempitan tersebut buat sementara waktu. Bila dah stabil kelak, pergila tebus balik. Cuma jelaskan kadar upah dan jumlah pijaman yg diberi sahaja mengikut bilangan bulan ia digadaikan. Emas menjadi milik anda kembali..SELAMAT!. Kalau emas anda dilelong pun, anda akan dapat duit baki selepas ditolak kadar upah dan pinjaman anda.
  4. Duit kalau disimpan, bila sesak saja, pi keluarkan. Dah keluarkan, tak pi tambah balik.. Jarangla orang pi tambah balik. Sebab nak tambah mcm mana, asyik sesak ja. Megasale, warehousesale bertambah2. Tambahan pulak dekat2 nak raya macam skang.Tiap2 bulan ulang langkah tersebut, bak kata pepatah "Sehari Selembar Benang, Lama2 Habisla Benang", macam tu la dengan duit. Anda PAHAM kan.
  5. Emas kalau disimpan, tak kan susut nilainya. Walaupun anda simpan di bawah bantal busuk anda. Nilainya tetap akan naik, tambahan pula bersinar2 lagi adala. AMARAN! jangan simpan emas bwh bantal, nanti kena CURI..haha.,
  6. Duit kalau disimpan di bawah bantal,(simpan dirumah amalan orang2 tua dl) nilainya akan berkurang. Contohnya, jika anda simpan RM1000 pada tahun 1999, anda boleh membeli 3 ekor kambing, tapi jika RM1000 juga disimpan sehingga skang, nilainya akan susut. Apa taknya, kambing skang nilainya lebih kurang RM550 seekor. Bleh beli seekor setengah saja..haha. BETOIKAN...taktau la kalau tempat anda kambing masih murah.. Satu lagi, duit akan dimakan anai-anai..HATI2..
Setakat ini saja dapat dikongsi..Harap2 ramaila orang yg akan SEDAR tentang keajaiban Logamkaya ini.. Sekian, wassalam..

Nak order, contact la saya..:-)

Friday, August 7, 2009

Angka 8..

Salam,

Nombor 8 sangat bermakna padaku, sebab apa ya?
  1. 8.8.80 merupakan tarikh lahirku. Esok ari lahir aku. Hepi besday pudin:), dah tua dh aku.
  2. Bulan 8 tahun 2007 aku dijabkabulkan dengan istri kesayangan ku..haha.
  3. Bulan 8 tahun 2007 juga aku mendapat "Anugerah Cemerlang" kat tempat kerjaku setelah 4 tahun servis. Bangga ni:)..dapat RM1K. Terima kasih buat bos2 aku.
  4. Bulan 8 tahun 2007 juga aku menerima berita yg paling gembira yg tak dapat aku lupakan, istri aku mengandung anak 1st kami. Bunting pelamin tu. Mentang2la p honeymoon kat Pulau Dayang Bunting. Hatrik kegembiraan buat aku.
  5. Dulu aku mempunyai 4 orang adik-beradik sebelah aku, tapi skang adik-beradik aku telah menjadi 8 kesemuanya apabila dicampurkan dgn adik-beradik sebelah istriku. Haha kira dah ramai tu.
  6. No. plat moto & kereta aku ditengah2nya mempunyai angka 8. Trademark aku 3 angka saja.
  7. Tapi satu saja yg tak best dgn angka 8 ni, anda semua nak tahu? Aku nak anak 8 orang tapi istri aku tak nak. Haha...yg lain semuanya best mengenai angka 8.
  8. Tambahan 8.8.09 Pokli ada buat kelas pelaburan emas. Pi jgn tak pi. Kat Seremban.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Syaaban...

Hari nisfu sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
  • Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

  • Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

  • Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

  • Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

  • Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Sekian, selamat beramal..

Sunday, August 2, 2009

Ar-Rahn...

Salam,

Ingin berkongsi lagi...

Takrifan bagi Ar-Rahn menurut khazanah fekah Islam ialah suatu transaksi
berhutang dengan jaminan atau dalam istilah masyarakat kita adalah gadai. Transaksi tersebut dibolehkan jika syarat2nya dipenuhi.

Syarat2 umum bagi suatu transaksi rahn tersebut sah menurut Islam adalah:
  1. Berakal
  2. Baligh
  3. Barang yg digadaikan wujud ketika transaksi berlangsung
  4. Barang/surat berharga yg digadaikan dikuasai oleh orang yang menghutangkan
(Petikan dari buku "Hutang Seronok Yang Membawa Bencana")
Banyak gak info dalam buku ni, walaupun baca tak abih lagi. Blehla beli utk dibaca pada masa lapang anda.

Sekian, Selamat Beramal...